rss feed blog search engine
 
Search rss blog search engine
 
KeningauKini  
Released:  2/24/2009 12:54:28 PM
RSS Link:  http://www.keningaukini.com/feed
Last View 11/21/2009 5:49:11 AM
Last Refresh 11/21/2009 2:45:16 PM
Page Views 833
Comments:  Read user comments (0)
Share



Description:



Informasi Terkini Keningau


Contents:

Keputusan UPSR Empat Sekolah Sabah Disemak Semula

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di empat buah sekolah di Sabah ditahan kerana disemak semula dan hanya akan diumumkan pada Isnin.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata kementerian terpaksa menahan keputusan itu bagi membolehkan Lembaga Peperiksaan menilai semula jawapan pelajar kerana timbul unsur keraguan.

Ia membabitkan tiga buah sekolah di Tawau dan satu di Keningau membabitkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik, Alimuddin memberitahu Bernama Sabtu.

“Disebabkan adanya ketidakpastian dan keraguan terhadap jawapan bagi tiga mata pelajaran itu, kementerian menahan keputusan UPSR bagi membolehkan jawapan itu dinilai semula.

“Penilaian telah siap dan pelajar-pelajar boleh mendapatkan keputusan masing-masing Isnin ini,” katanya.

Keputusan UPSR seluruh negara diumumkan pada Khamis lepas.

Ditanya adakah penahanan keputusan itu disebabkan kebocoran kertas soalan, Alimuddin berkata: “Perkara itu tidak berlaku.”

“Kes seumpama itu pernah berlaku sebelum ini. Tahun lepas pun ada. Tidak ada kebocoran kertas soalan. Apa yang berlaku ialah Lembaga Peperiksaan mendapati ada keraguan terhadap jawapan dan mereka menangguhkan keputusan untuk dikaji semula,” katanya.

Beliau tidak memberi nama sekolah terbabit.

Mengenai kesan penahanan keputusan itu terhadap pelajar dan kebimbangan ibu bapa mengenai kemasukan anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh, Alimuddin berkata perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana urusan kemasukan ke asrama penuh dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran.

Beliau berkata kementerian mempunyai senarai nama pelajar yang layak dan keputusan siapa yang terpilih juga ditentukan pihaknya.

“Sebenarnya masalah ini tidak timbul. Urusan kemasukan ke sekolah berasrama penuh dikendalikan oleh kementerian. Penahanan keputusan itu tidak mengganggu peluang mereka kerana kementerian mempunyai senarai nama mereka yang layak. Jadi ibu bapa tidak perlu risau mengenainya,” katanya.

Pencapaian keseluruhan calon-calon tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas dengan pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak satu peratus berbanding 2008.

– BERNAMA




Keningau:Suami berang lepas empat tembakan

Gagal kawal emosi selepas bertengkar dengan isteri

mainpix Keningau:Suami berang lepas empat tembakanKENINGAU: Akibat terlalu marah ketika bertengkar dengan isteri, seorang suami melepaskan empat das tembakan secara membabi buta dengan menggunakan senapang buatan sendiri atau ‘bakakuk’ di rumahnya di Kampung Luagan, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai petani, dipercayai gagal mengawal emosinya, lalu melepaskan tembakan ke arah bumbung rumah.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad, berkata isteri lelaki terbabit yang berusia 30 tahun terselamat selepas melarikan diri.

ZAHARI menunjukkan bakakuk yang dirampas daripada seorang lelaki yang melepaskan tembakan ketika bertengkar dengan isterinya di Kampung Luagan, Keningau, kelmarin

“Siasatan menjumpai empat kelongsong peluru penabur yang dipercayai dilepaskan daripada bakakuk itu. Kesan tembakan dijumpai pada atap zink rumah,” katanya di sini semalam.

Polis juga berjaya menahan lelaki terbabit dan menahannya di kebun getah berhampiran rumah berkenaan, petang kelmarin.

Polis yang merampas bakakuk berkenaan menjumpai sebutir peluru hidup jenis `buck shoot’ dalam senjata api itu.

Lelaki terbabit ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8(a) kerana kesalahan memiliki senjata api yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Siasatan juga dijalanan mengikut Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960 kerana kesalahan melepaskan tembakan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih satu tahun atau denda RM2000,00 atau kedua-duanya sekali.




Ketulinan Imej Hantu Empangan?

Berita tentang Makhluk halus berkepala besar ditemui di Keningau yang dimuatkan di dada akhbar baru-baru ini telah menarik minat seorang rakan untuk mengkaji ketulinan gambar yang disiarkan.

Pendapat peribadi beliau bersetuju bahawa gambar tersebut adalah tulin.Pixel gambar juga rata dan rupa bentuk imej makhluk dan imej anjing sangat ketara.Walaubagaimana pun agak sukar untuk menyatakan imej tersebut adalah hantu atau pun makhluk halus.

hantu-empangan Ketulinan Imej Hantu Empangan?

Imej makhluk berkepala besar ini sebenarnya bukan berada di atas anjing seperti yang dilaporkan dalam berita sebelum ini.Tetapi Imej makhluk ini berdiri bersebelahan dengan anjing tersebut.Anjing tersebut pula kelihat sedang membuang air dengan kaki kirinya terangkat mensasarkan sebuah objek yang seperti besi atau kayu yang ditanam.Cuma imej paras pinggang makhluk agak terganggu atau blur sedikit.

Kepala imej makhluk ini juga agak aneh, dan mengingatkan saya dengan watak kartun snoppy.Kebetulan pula imej ini digambar bersama-sama dengan anjing.Namun apa yang mengurangkan keyakinan saya bahawa imej ini bukan makhluk halus ialah imej ini berdiri di atas bumi dan imej ini menghasilkan bayang-bayang daripada sinaran matahari.Bagi saya sekiranya imej ini bukan manusia , mungkin sinaran matahari akan tembus .Ini sekadar pendapat peribadi.

Pembaca boleh membuat kajian dan pendapat sendiri.
hantu-empangan-copy Ketulinan Imej Hantu Empangan?




Keningau: Usahawan harus berani jadikan teknologi faktor persaingan dalam perniagaan

KENINGAU: Wakil Rakyat Bingkor mahu usahawan di daerah ini berubah sikap dan berani untuk menjadikan teknologi sebagai faktor persaingan dalam bidang perniagaan.

Katanya, kaedah berkesan untuk meningkatkan produktiviti serta penambahbaikan produk, hanya dengan mengguna pakai teknologi terkini.

“Anda perlu berani untuk menyahut cabaran ini, jika anda inginkan kejayaan dalam bidang perniagaan,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Karnival Jualan Mega 2009 peringkat Daerah Keningau.

Justin berkata, usahawan di negeri ini perlu mengambil kesempatan serta bersikap proaktif, bagi memanafaatkan hasil R&D terutamannya dikalangan penyelidik Bumiputera.

Menurutnya, kewujudan banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan agensi-agensi kerajaan seperti UiTM, UMS, SIRIM, MARDI, FAMA dan lain-lain, yang terlibat dalam penyelidikan perlu dimemanfaatkan oleh para usahawan dengan semaksimumnya.

Wakil rakyat itu menjelaskan, kerajaan sentiasa bekerja keras dan komited, dalam usaha untuk membangunkan usahawan Bumiputera, supaya lebih dinamik dan berdaya saing.

“Untuk berjaya, usahawan perlulah mengubah sikap ke arah yang lebih positif dan dinamik, serta berminat untuk menambah ilmu dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan,” jelasnnya.

Katanya, era k-ekonomi, hanya mereka yang berpengetahuan dan bermaklumat akan lebih ke hadapan.

“Kita tidak mahu usahawan bumiputera tercicir dalam persaingan terutamannya dalam industri-industri kritikal yang telah dikenalpasti,” tegasnya dan menambah, usahawan perlu bersiap sedia untuk menghadapi cabaran dalam ekonomi negeri maju dalam waktu terdekat.

Justin memberitahu, suasana yang mencabar dalam dunia perniagaan pada era ini, sebenarnya menjanjikan pulangan imbuhan yang lumayan sekiranya para usahawan sanggup bersaing.

Bercakap kepada wartawan dalam satu sidang media selepas majlis itu, Justin berkata, peranan usahawan amat besar kerana mereka turut terlibat dalam pembangunan ekonomi Negara.

“Penglibatan anda amat signifikan ke arah memastikan kestabilan ekonomi, politik dan sosial di negara ini,” jelasnya.

Mengenai karnival itu, Justin berkata, komuniti usahawan yang diwujudkan oleh MARA memberi sumbangan besar kepada negara.

“MARA melahirkan ramai majikan dikalangan bangsa sendiri (Bumiputera),” tambahnya.

Justin menasihatkan usahawan di daerah itu supaya peka dengan perubahan semasa, dan berusaha untuk menjana idea yang kreatif dan inovasi, bagi meningkatkan daya saing untuk menakluki pasaran domestik, seterusnya mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Bersama di majlis itu ialah Pengarah Mara Negeri Sabah, Tuan Hj. Mohd Yunus Razali, Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd Yusof, Pegawai Mara Daerah Keningau, Ali@Zainal Maidin, serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.




Pelaburan haram: SC bayar RM31 juta kepada mangsa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.

Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.

“Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka,” katanya.




Keningau: Kawasan tamu kotor, kata pelancong

KENINGAU: Tamu Ground anda kotor dan menjijikkan! Inilah gambaran yang diberikan oleh empat orang pelancong antarabangsa, yang sempat melawat tamu tersebut pada Ahad lalu.

Pelancong itu yang mahu namanya dipetik sebagai Terry, 47, dan berasal dari London berkata, tempat yang indah seperti Tamu Ground boleh dijadikan salah satu produk pelancongan, jika ia diurus dengan baik.

“Pengguna perlu dididik mengenai pentingnnya kebersihan mereka perlu bertanggungjawab,” jelasnnya dan berkata;

“Pihak berkuasa tempatan perlu tegas untuk menguatkuasakan undang-undang,”

Terry merupakan seorang wartawan kepada sebuah akhbar di London.

Beliau yang berkongsi pendapat dengan Jane, 46, – seorang juruanalisa komputer dari Amerika memberitahu, penduduk di negeri ini amat beruntung kerana hidup dalam suasan kehijauan, yang jarang dinikmati oleh penduduk yang hidup di negara-negara maju.

Bagaimanapun katanya, kekotoran menjadi ancaman kepada penduduk di negeri ini, memandangkan rakyat didapati tidak sensitif mengenai pentingnnya penjagaan kebersihan.

“Saya dapati mereka mampu makan dan minum dilokasi yang dikelilingi sampah,” jelasnnya.

Mereka mencadangkan penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan mengenai penjagaan kebersihan, perlu diperhebatkan.

“Anda turut mempunyai peranan yang penting dalam soal ini,” tegas Jane, dengan merujuk wartawan akhbar ini sebagai pihak yang dimaksudkan.

Menjawab satu soalan, Terry dan Jane sependapat bahawa di mana-mana pihak berkuasa tempatan di dunia mengalami masalah yang sama, soalnnya terserah kepada mereka bagaimana kaedah untuk menguatkuasakan undang-undang.

“Ada keperluan untuk menjunjung undang-undang, bagi mengelak pengguna memperlekehkan undang-undang,” jelas mereka.




Tarian pelbagai suku kaum bantu promosi Sabah dalam pelancongan

NEGERI Sabah yang tidak kurang tiga puluh etnik suku kaum adalah negeri yang kaya dengan tarian kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan.

Melalui tarian yang dipersembahkan itu, kita dapat mengenali sesuatu tarian dari pelbagai suku kaum yang terdapat di negeri Sabah ini. Maka dengan adanya tarian-tarian ini, ia dapat membantu negeri Sabah dalam eko pelancongan.

Mengenai kedua-dua perayaan yang dirayakan ini kehadiran pelancong dari luar mahu pun dalam negeri meningkat dan ini membuktikan bahawa tarian kebudayaan adalah antara produk pelacongan negeri kita. Antara tarian kebudayaan yang biasanya kita saksikan ialah tarian sumazau, tarian limbai, tarian mongigol sumandai, tarian kuda pasu dan banyak lagi.

Tarian sumazau ialah tarian dari suku kaum Kadazandusun dari daerah Penampang. Tarian ini ditarikan semasa upacara ritual ataupun majlis keramaian seperti perkahwinan selain daripada perayaan Pesta Kaamatan. Tarian ini ditarikan dengan gerak seolah-olah seekor helang sedang terbang sambil menari, sekali-sekala dengan suara yang nyaring, penari akan melebarkan kedua-dua tangan.

Tarian daling-daling pula merupakan tarian kegembiraan yang sangat popular di kalangan masyarakat Bajau dan Suluk di daerah Semporna. Biasanya tarian ini dipersembahkan oleh beberapa pasangan penari perempuan dan lelaki dalam majlis perkahwinan ataupun upacara keramaian lain di daerah Pantai Timur.tarian-150x150  Tarian pelbagai suku kaum bantu promosi Sabah dalam pelancongan

Tarian ini diiringi oleh puisi mengenai cinta, kehidupan dan kebahagiaan. Puisi ini dinyanyikan dengan irama lagu yang berulang. Kadang kala lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur jenaka dan cerita-cerita pendek disampaikan secara spontan.

Lain pula dengan tarian mogunatip. Tarian ini ditarikan di kalangan penduduk tempatan di pedalaman Sabah termasuk suku kaum Kadazandusun di Tambunan, suku kaum Kujiu di Keningau dan kebanyakan suku kaum Murut.

Semasa tarian ini ditarikan, beberapa pasang bambu panjang akan dihentak dan diketuk pada lantai mengikut rentak sementara para penari akan melompat masuk dan keluar di antara ruang hentakan bambu tanpa tersepit kaki. Tarian yang bertenaga dan menghiburkan ini biasanya ditarikan semasa majlis-majlis keramaian di kampung ataupun pada majlis keramaian yang lain.

Tarian limbai pula merupakan tarian suku kaum Bajau yang menetap di daerah Kota Belud di bahagian Pantai Barat Sabah. Ia ditarikan semasa menyambut ketibaan pengantin perempuan yang lain. Tarian ini ditarikan oleh tiga hingga empat pasang penari yang lemah lembut.

Tarian mongigol sumandoi juga merupakan tarian popular di kalangan masyarakat Rungus yang menetap di daerah Kudat dan Kota Marudu. Tarian ini ditarikan sama ada di majlis keramaian ataupun sebagai tarian ritual. Sebagai tarian ritual, lazimnya tarian ini ditarikan untuk menghormati bambarayon, iaitu semangat padi. Tarian ini ditarikan mengikut gerak seekor naga yang diketuai oleh penari lelaki yang seolah-olah kepala naga, manakala badannya pula terdiri daripada penari-penari perempuan.

Tarian adai-adai juga yang biasanya ditarikan oleh masyarakat Brunei yang menetap di daerah Sipitang yang biasanya ditarikan semasa majlis keramaian seperti perkahwinan dan majlis sosial yang lain yang diadakan di kampung dan ditarikan oleh pasangan lelaki dan perempuan. Tarian ini menggambarkan aktiviti dan kehidupan nelayan serta petani. Penari akan berpakaian tradisi dan kadang-kala menggunakan alat-alat seperti bakul dan jala semasa menari.




Salah dari segi moral untuk minta bonus: Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

“Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi popular di kalangan ahli anda,” katanya berucap di forum makan tengah hari perniagaan Bankers’ Club di sini.

Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

Najib berkata, dalam sektor swasta, pekerja dibuang dan keadaan itu tidak berlaku dalam perkhidmatan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan.

“Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka.

“Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi yang kedua terbaik, tingkatkan prestasi mereka. Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan,” katanya.

Menggunakan analogi golf, Najib berkata bantuan itu sama seperti handicap tetapi penerimanya perlu mengurangkan dari 24 kepada 18, 12 dan seterusnya kepada satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain.

“Ia juga sama dengan Bumiputera, dari masa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing. Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa.

“Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkannya perlahan-lahan.

“Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini,” katanya. - Bernama




Keningau: Bas Tung Ma Terbalik Di Jalan Kimanis -Keningau ????

Semalam saya dihubungi oleh seorang rakan dengan satu berita yang agak mengejutkan, satu kemalangan berlaku di Jalan Kimanis - Keningau,  Bas Pengangkutan Tung Ma Keningau-Kk  terbalik .

Sekiranya ada diantara pembaca yang lebih mengetahu berita kemalangan ini dan gambaran kejadian sebenar bolehlah dikongsi bersama  melalui ruang komen. Sekian




Keningau: Pengguna jalan raya merungut dengan lori balak lebih muatan

KENINGAU: Rata-rata pengguna jalan Keningau – Nabawan – Sepulut merungut dengan lori-lori balak yang membawa muatan melebihi had panjang dari belakang lori.

Mereka mendakwa terdapat lori-lori balak yang membawa muatan panjang membimbangkan kerana ia amat bahaya kepada kenderaan kecil yang mengekori dari belakang dan di jalan yang selekoh.

Seorang pengguna Barahim Andipoh berkata, lori-lori balak bukan sahaja membawa muatan panjang tetapi dipandu laju menyebabkan kenderaan yang mengekori dari belakang sukar memintas.

“Tindakan pemandu yang jalan bersusun dalam jarak yang dekat dalam satu masa juga menghalang kenderaan kecil apabila memintas walaupun di jalan yang lurus,” katanya kepada New Sabah Times di sini kelmarin.

Barahim yang merupakan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Nabawan meminta agar pihak yang berkuasa agar mengambil tindakan mengatasi masalah tersebut.

Katanya, jika situasi yang sedemikian tidak dapat diatasi ia akan mengundang bahaya kepada pengguna yang lain kerana sebelum ini pun terdapat pengguna yang menjadi mangsa lori yang membawa muatan panjang terutama pada waktu malam.

Untuk rekod katanya, beberapa tahun yang lalu sebuah motokar merempuh kayu yang panjang di belakang lori balak semasa memasuk simpang sebuah kilang papan di jalan Keningau – Nabawan.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed ketika dihubungi kelmarin berkata, tindakan mengarah pengusaha balak di kawasan ini untuk memotong kayu yang melebihi had panjang adalah diluar bidang kuasa polis.

Katanya, polis trafik hanya berkuasa menyaman lori yang membawa muatan mengikut undang-undang lalu lintas.

lori2 Keningau: Pengguna jalan raya merungut dengan lori balak lebih muatan

Bagaimanapun katanya, dalam hal ini pemandu tidak seharusnya dipersalahkan kerana mereka bergantung kepada arahan pihak syarikat atau pihak yang bertanggungjawab dengan pengurusan kayu.

“Justeru itu kita minta agar pihak yang berkaitan dengan pengurusan kayu agar memastikan tidak ada lori balak yang membawa muatan terlalu panjang di bahagian belakang kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” jelas Zahari.








Home  
 



Link to us




RSS Feed of new blogs                                                   Home        Feed Map        Submit Feed      Link to Us       Contact